Drama Astro Originals, Dukun Diva setiap Isnin, 9.00 malam di Astro Citra atau di On Demand dan Astro GO. Dibintangi Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon, Adlin Aman Ramlie
Dukun Diva Episod 1
Kisah cabaran kehidupan masa kini di bandar. Che Yah, seorang bekas pelakon yang 'tak menjadi' bersepakat bersama anak buahnya seorang remaja bermasalah, Lola, menyamar sebagai dukun.
Dukun Diva Episod 2
Dukun Diva mula mengintip Zul dan berjaya membuatkan Zul percaya dia telah di sihir oleh salah seorang kekasihnya. Manakala, Lola menyamar untuk mendekati Daniel.
Dukun Diva Episod 3
Che Yah dan Lola telah mambuat beberapa percubaan untuk membuat Saddiq percaya bahawa dia telah di sihir, namun gagal. Lola kemudian mencuri 'saka' dan keadaan menjadi huru-hara.