Filem Korea Terbaik 2021

Filem Korea Terbaik 2021

Bagi pengemar filem korea, admin senaraikan 10 filem terbaik korea ditayangkan pada 2021 ini. 

10. Hard Hit
Pengarah: Kim Chang-ju
Pelakon: Lee Jae-in, Ji Chang-wook, Jin Kyung
Genre: Thriller

Pada suatu hari, pengurus cawangan bank di Busan mendapat panggilan telefon tanpa ID yang memberi amaran kepadanya bahawa bom akan meledak di bawah tempat duduk keretanya dan membunuhnya jika dia memberhentikan kereta. 

9. Spiritwalker
Pengarah: Yoon Jae-geun
Pelakon: Yoon Kye-sang, Park Yong-woo, Lim Ji-yeon
Genre: Aksi, Misteri

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang hilang identiti dirinya dan bangun dalam tubuh baharu setiap 12 jam. Tidak lama kemudian, dia bertemu dengan seorang wanita yang mengatakan dia mengenalinya dan mula menyedari bahawa sebuah organisasi misteri sedang mengejarnya.

8. Waiting for Rain
Pengarah: Jo Jin-mo
Pelakon: Kang Ha-neul, Chun Woo-hee, Kang Sora
Genre: Romantik

Kisah percintaan seorang lelaki bernama Young-ho dan seorang wanita bernama So-hee. Young-Ho telah menghantar surat kepada rakan lamanya So-Yeon. Tetapi adiknya pula So-Hee yang menerima surat itu. So-Hee menulis kembali kepada Young-Ho, berpura-pura menjadi So-Yeon. Sementara itu, So-Hee menjaga kakanya yang sakit dan juga mengusahakan kedai buku terpakai bersama ibunya.

7. On the Line
Pengarah: Kim Gok, Kim Sun
Pelakon: Byun Yo-han, Kim Mu-yeol, Park Myung-hoon
Genre: Aksi, Misteri

Kisah Detektif bernama Seo Joon, yang mengendalikan tapak pembinaan. Apabila sindiket penipuan telefon menyasarkan dia dan rakan sekerjanya, dia berikrar untuk membalas dendam. Seo berjaya menjejaki ketua sindiket dan membongkar operasi yang lebih besar daripada yang dia bayangkan.

6. Mission: Possible
Pengarah: Kim Hyung-joo
Pelakon: Lee Sun-bin, Kim Young-kwang
Genre: Aksim Komedi

Mengisahkan seorang ejen rahsia bernama Yoo Da-hee, yang ditugaskan untuk menghentikan operasi penyeludupan senjata di Korea Selatan. Yoo sepatutnya bekerjasama dengan ejen rahsia Korea Selatan, tetapi dia sebaliknya berhubung dengan detektif bernama Woo Soo-han kerana kes kesilapan identiti. Apabila beberapa saksi utama kes penyeludupan senjata mati, mereka perlu bekerjasama untuk mencari keadilan.

5. Recalled
Pengarah: Seo Yoo-min
Pelakon: Seo Ye-ji, Kim Kang-woo, Yeom Hye-ran
Genre: Misteri, Thriller

Seorang wanita yang bangun pada suatu hari untuk mendapati bahawa dia hilang ingatan. Dia mula mengalami halusinasi yang meramalkan peristiwa masa depan yang membawa maut.

4. Sinkhole
Pengarah: Kim Ji-hoon
Pelakon: Cha Seung-won, Kim Sung-kyun, Lee Kwang-soo
Genre: Komedi, Bencana

Jung Man-Soo adalah penduduk di Chungwoon Villa. Dia bekerja keras untuk membesarkan anaknya seorang diri. Park Dong-Won bekerja di sebuah syarikat. Dia akhirnya memliki rumah selepas 10 tahun, tetapi rumahnya jatuh ke dalam lubang benam (Sinkhole). Park Dong-Won dan rakan sekerjanya Kim Seung-Hyun terperangkap di dalam rumah yang runtuh itu.

3. Night in Paradise
Pengarah: Park Hoon-jung 
Pelakon: Uhm Tae-goo, Jeon Yeo-been, Cha Seung-won
Genre: Aksi, Dendam

Kisah seorang pembunuh upahan diburu oleh satu kumpulan gelap kerana membunuh ketua mereka yang telah merancang pembunuhan adik perempuan da anak saudaranya. Dia lari ke Jeju Island da berhadapan dengan masalah diburu kumpulan gelap tersebut. 

2. Miracle: Letters to the President
Pengarah: Lee Jang-hoon
Pelakon: Park Jeong-min, Im Yoon-ah (Yoona), Lee Sung-min
Genre: Fantasi, Komedi, Romantik

Berlatarkan pada tahun 1980-an, di sebuah kampung terpencil dalam Wilayah Gyeongsang Utara Korea Selatan. Kisah seorang lelaki muda bernama Joon-gyeong (Park Jeong-min), yang bercita-cita untuk menubuhkan stesen kereta api di kampung itu. Dia mencuba pelbagai cara untuk membina stesen, termasuk menulis berpuluh-puluh surat kepada presiden Korea Selatan.

1. Escape from Mogadishu
Pengarah: Ryoo Seung-wan
Pelakon: Kim Yoon-seok, Jo In-sung, Heo Joon-ho, Kim So-jin
Genre: Aksi, Perang

Filem diinspirasikan dari kisah benar di mana diplomat Korea Selatan dan Korea Utara terpaksa bekerjasama untuk melarikan diri dari Perang Saudara Somalia pada tahun 1990. 

Han Shin-Sung (Kim Yun-Seok) bekerja sebagai duta di Kedutaan Korea Selatan di Mogadishu, Somalia. Perang saudara meletus apabila puak militan pemberontak mahu menggulingkan kerajaan. Han Shin-Sung, isterinya, dan pegawai kedutaan terperangkap di dalam bangunan kedutaan. Sementara itu, Kang Dae-Jin (Zo In-Sung) bekerja sebagai ahli majlis di Kedutaan Korea Utara di Mogadishu. Mereka bekerjasama untuk membawa orang dari kedua-dua kedutaan keluar dari Somalia.