CPU Terbaru Snapdragon 2022 - Snapdragon 8 Gen 1

Snapdragon 8 Gen 1

Qualcomm melancarkan cip flagship untuk peranti Android dengan penjenamaan baharu dikenali Snapdragon 8 Gen 1. Berikut perkara menarik pada cip Snapdragon 8 Gen 1:

1. Snapdragon 8 Gen 1 menggunakan teknologi 4nm. Cip pertama Qualcomm yang menggunakan Armv9 generasi baharu daripada Arm.

1. CPU 20% lebih pantas dari Snapdragon 888 serta penjimatan penggunaan tenaga sehingga 30%
- Teras utama Cortex-X2 berkelajuan sehingga 3 GHz
- 3 Performance cores berasaskan Cortex-A710 berkelajuan 2.5GHz
- 4 Efficiency cores berasaskan A510 berkelajuan 1.8GHz.

2. GPU 30% peningkatan berbanding generasi terdahulu dengan penjimatan penggunaan tenaga sehingga 20% dengan teknologi Snapdragon Elite Gaming

3. ISP pertama di pasaran menyokong imej 18-bit.
- Mampu merakan 8K HDR pada 30fps, slow motion 960 fps pada resolusi 720p

4. Integrated ModemX65 5G menyokong rangkaian 5G Sub 6GHz dan mmWave dengan kelajuan muat turun sehingga 10Gbps.