Drama-drama terbaru Korea tayangan bulan Jun 2021.
Penthouse 3: War In Life (SBS)
Genre: Thriller, Balas Dendam, Kekeluargaan
Episod: 12
Tayangan: 4 Jun - 13 Ogos 2021
Pelakon :Lee Ji Ah, Kim So Yeon, Eugene, Uhm Ki Joon, Yoon Jong Hoon, Shin Eun Kyung
Sinopsis :
Mengisahkan penduduk Hera Palace, sebuah pangsapuri penthouse mewah dengan 100 tingkat. Semua orang yang tinggal di penthouse ini dipenuhi dengan rahsia dan cita-cita gelap.
Setelah penduduk dari Hera Place dibebaskan dari penjara, Shim Su-Ryeon dan Oh Yoon-Hee (Eugene) bersatu dengan Cheon Seo-Jin (Kim So-Yeon) untuk menjatuhkan Joo Dan-Tae (Uhm Ki-Joon). Sementara itu, Yoo Dong-Pil (Park Ho-San), suami Kang Ma-Ri (Shin Eun-Kyung) dan ayah Yoo Je-Ni (Jin Ji-Hee), kembali ke Hera Place setelah enam tahun dan ingin membalas dendam pada Joo Dan-Tae. Di sekolah pula, Joo Seok-Kyung (Han Ji-Hyun) menghadapi hukuman atas tindakan buli yang lalu.
Love ft. Marriage & Divorce 2 (TV Chosun, Netflix)
Genre: perkahwinan, kekeluargaan
Episod: 16
Tayangan: 12 Jun - 1 Ogos 2021
Pelakon : Sung Hoon, Lee Ga Ryeong, Lee Tae Gon, Park Joo Mi
Sinopsis :
Menceritakan kisah tiga protagonis wanita yang menawan pada usia 30-an, 40-an, dan 50-an yang menghadapi nasib malang yang tidak dapat dijangka, dan ia juga menangani masalah pasangan suami isteri ketika mereka berusaha mencari cinta sejati.
At a Distance, Spring is Green (KBS2)
Genre: remaja, persahabatan, percintaan
Episod: 12
Tayangan: 14 Jun - 20 Julai 2021
Pelakon : Park Ji Hoon, Kang Min Ah, Bae In Hyuk, Kwon Eun Bin, Woo Da Vi, Choi Jung Woo
Sinopsis :
Menggambarkan kebimbangan dan konflik realistik pelajar universiti berusia 20-an. Nam Soo Hyun (Bae In Hyuk) dan Yeo Joon (Park Ji Hoo), dua pelajar universiti tahun pertama dengan keperibadian yang berbeza, tanpa disangka menjadi sahabat baik ketika mereka mengerjakan projek universiti bersama.
Monthly House (jTBC)
Genre: Romantik, Komedi
Episod: 16
Tayangan: 16 Jun - 5 Ogos 2021
Pelakon : Jung So Min, Kim Ji Suk, Jung Gun Joo , Kim Won Hae, Chae Jung Ahn, Ahn Chang Hwan, Yoon Ji On
Sinopsis :
Na Young-Won (Jung So-Min) adalah editor majalah Monthly House. Dia telah bekerja selama 10 tahun, tetapi dia masih tidak memiliki rumah sendiri, dia tinggal di rumah sewa. Walaupun begitu, Na Young-Won mengurus rumah sewanya seperti miliknya. Rumahnya mencerminkan keperibadian dan emosinya. Segalanya berubah apabila tuan rumah yang baru, Yoo Ja-Sung (Kim Ji-Suk), muncul di hadapannya. Na Young-Won kemudian berminat ingin membeli rumah sewanya.
Yoo Ja-Sung adalah CEO majalah Monthly House. Baginya, rumah itu hanyalah sebagai aset dan tempat tidur. Dia dibesarkan miskin dan dia fikir satu-satunya cara untuk menjadi kaya adalah melalui hartanah. Semasa bekerja di tapak pembinaan sebagai buruh, dia mula belajar pelaburan hartanah sendiri pada waktu malam. Dia kini kaya, kerana pelaburan hartanahnya, dia juga terkenal sebagai pakar pelaburan.
Hospital Playlist 2 (tvN)
Genre: perubatan, persahabatan, kehidupan, percintaan
Episod: 12
Tayangan: 17 Jun - 19 Ogos 2021
Pelakon : Jo Jung Seok, Yoo Yeon Seok, Jung Kyung Ho, Kim Dae Myung, Jeon Mi Do, Shin Hyun Bin
Sinopsis :
Lima orang doktor yang merupakan sahabat lama sejak berusia 20 tahun yang sama-sama belajar di kolej perubatan pada tahun 1999, dan kini mereka adalah rakan sekerja di hospital yang sama
So Not Worth It (Netflix)
Genre: persahabatan, remaja, sitkom, percintaan, universiti
Episod: 10
Tayangan: 18 Jun 2021
Pelakon : Park Se Wan, Shin Hyun Seung, Choi Young Jae, Minnie, Han Hyun Min
Sinopsis :
Kisah percintaan dan persahabatan sekumpuilan pelajar yang tinggal di asrama universiti.
Voice 4 (tvN)
Genre: Aksi, Thriller, Misteri, Psikologi, Jenayah
Episod: 14
Tayangan: 18 Jun - 31 Julai 2021
Pelakon : Lee Ha Na, Song Seung Hun, Han Jong Hoon, Maurice
Sinopsis :
Pembunuh bersiri dengan kebolehan pendengaran yang luar biasa sama seperti Kang Kwon Joo (Lee Hana). Pembunuh itu membunuh mangsa dengan kebolehan pendengarannya. Oleh disebabkan ini, Kang Kwon Joo memohon bantuan dari detektif Derek Jo untuk menangkap pembunuh bersiri itu.
Song Seung Hun, sebagai detektif Derek Jo, detektif pinjaman dari Los Angeles Police Department yang datang ke Korea Selatan untuk bekerjasama dengan team Golden Time. Detektif Derek Joe merupakan perfectionist, yang tak boleh terima sebarang kesilapan walaupun hanya kesilapan kecil.
Nevertheless (jTBC)
Genre: Romantik
Episod: 10
Tayangan: 19 Jun - 21 Ogos 2021
Pelakon : Song Kang, Han So Hee, Chae Jong Hyup, Lee Yeol Eum, Yang Hye Ji
Sinopsis :
Mengisahkan seorang gadis yang tak percaya cinta tetapi ingin menjalinkan perhubungan, dan seorang lelaki yang merasakan perhubungan ini menyemakkan tetapi masih mahu mengurat.
Park Jae-Eon (Song Kang) merupakan pelajar universiti jurusan seni, dia nampak selesa dengan semua orang dan sentiasa ceria, tapi dekat perempuan yang suka dia, dia tak berapa layan dan dia taknak bercinta bagai ni. Tanpa disangka, Park Jae Eon jatuh cinta ke Yoo Na-Bi (Han So-Hee) dan mula berubah.
Yoo Na-Bi merupakan pelajar jurusan seni seuniversiti yang sama dengan Park Jae-Eon. Sebelum ni, Yoo Na Bi berpisah dengan cinta pertamanya kerana kecurangan (Teh Oh lah ni). Selepas itu, Yoo Na Bi buat keputusan taknak terperangkap dengan cinta, tapi sembanggggg, sebab dia jumpa Park Jae-Eon dan tersuka tanpa sengaja. Nabi dalam Korea bermaksud rama-rama.
On The Verge Of Insanity (MBC)
Genre: Pejabat, Romantik
Episod: 16
Tayangan: 23 Jun - 26 Ogos 2021
Pelakon : Jung Jae Young, Moon So Ri, Lee Sang Yeob, Kim Ga Eun
Sinopsis :
Membawa kisah golongan tua yang terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dalam pejabat yang huru-hara sebagai kakitangan biasa.
Choi Ban-seok (Jung Jae-yong) merupakan seorang jurutera veteran mengalami krisis pertama dalam 22 tahun kariernya selepas dikhabarkan mungkin akan diberhentikan tidak lama lagi. Demi menurut permintaan syarikat, lelaki itu berpindah ke personnel department dan memulakan tugasnya daripada bawah.