Enam drama Korea terbaru bulan April 2021.

Taxi Driver (SBS)
Genre: Action, Crime, Revenge
Episod: 16
Tayangan: 9 April 2021
Pelakon : Lee Je Hoon, Esom, Kim Eui Sung, Pyo Ye Jin, Jang Hyuk Jin, Bae Yoo Ram,
Mengenai perkhidmatan teksi yang membalas dendam bagi pihak mangsa yang gagal mendapat keadilan dari undang-undang.

Amor Fati (SBS)
Genre: Romance
Episod: 120
Tayangan: 13 April 2021
Pelakon : Choi Jung Yoon, Ahn Jae Mo, Bae Seul Gi, Park Hyung Joon
Seorang wanita terpaku apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Semangatnya bangkit dari putus asa dengan pertolongan lelaki lain yang mengalami situasi yang serupa.

Law School (JTBC)
Genre: Legal
Episod: 16
Tayangan: 14 April 2021
Pelakon : Kim Myung Min, Kim Bum, Ryu Hye Young, Lee Jung Eun
Kisah mengenai pelajar dan professor universiti bahagian undang-undang yang terperangkap dalam kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan seorang professor.
Profesor dan pelajar menjadi suspek dalam pembunuhan itu, dan drama ini akan mengetengahkan watak-watak dalam drama itu yang menyedari mengenai undang-undang dan keadilan ketika mereka mencari pembunuhnya.

Sell Your Haunted House (KBS2)
Genre:Misteri, Komedi, Fantasi
Episod: 16
Tayangan: 14 April 2021
Pelakon : Jang Na Ra, Jung Yong Hwa, Kang Mal Keum , Kang Hong Suk
Ji A, seorang wanita yang mewarisi kebolehan mengusir hantu dari ibunya sebagai pemilik Daebak Realty, sebuah syarikat yang pakar dalam menjual rumah berhantu. Suatu hari, Ji A menemui In Beom seorang kaki penipu yang menggunakan hantu untuk scam duit orang. Hong Ji Ah dan Oh In Beom bekerjasama untuk menyelesaikan rahsia kematian ibu Hong Ji Ah yang telah mati 20 tahun lalu.

Undercover (JTBC)
Genre: Action, Crime, Police
Episod: 16
Tayangan: 23 April 2021
Pelakon : Ji Jin Hee, Kim Hyun Joo, Jung Man Sik, Han Go Eun, Kim Soo Jin
Han Jung Hyun adalah ejen NIS (National Intelligence Service) yang telah lama menyembunyikan identitinya. Semasa misi rahsia, dia jatuh cinta dengan Choi Yeon Soo dan akhirnya akhirnya berkahwin.
Choi Yeon Soo adalah peguam sivil yang mencari keadilan dan kebenaran. Dia dicalonkan sebagai ketua Unit Siasatan Rasuah. Kerana pencalonannya, identiti sebenar suaminya terbongkar.

Dark Hole (OCN)
Genre: Action, Thriller, Mystery, Sci-fic
Episod: 12
Tayangan: 24 April - 30 Mei 2021
Pelakon : Kim Ok Bin, Lee Joon Hyuk, Yoon Jung Hoon, Park Keun Ro, Jang Sung Won
Mengisahkan sekumpulan survivors yang harus menentang mutants yang tercipta dari manusia yang terhirup asap hitam yang keluar dari sinkhole.