Berikut tujuh drama korea terbaru bulan Mac ini :
Mouse (tvN)
Genre: Aksi, Jenayah, Misteri
Episod: 20
Tayangan: 3 Mac - 6 Mei 2021
Pelakon : Lee Seung Gi, Lee Hee-Jun, Park Joo Hyun, Kyung Soo Jin
Sinopsis: Mengisahkan tentang seorang polis yang bernama Jeong Ba-Reum (Lee Seung-Gi). Hidupnya berubah selepas bertemu dengan seorang pembunuh bersiri psikopat. Disebabkan oleh pembunuh bersiri itu, dia dan rakannya, Go Moo-Chi (Lee Hee-Joon) cuba untuk membongkar kebenaran tentang orang yang mempunyai personaliti psikopat ini.
Love Alarm 2 (Netflix)
Genre: Romance
Episod: 6
Tayangan: 12 Mac - 16 Apr 2021
Pelakon : Kim So Hyun, Jung Ga Ram, Song Kang, Go Min Si, Kim Si Eun, Shim Yi Young
Sinopsis: Selepas 4 tahun, aplikasi Joalarm dikemas kini mempunyai dua fungsi baru iaitu: 1. senarai orang yang menyukai anda, 2. orang yang akan menyukai anda. Akibat perubahan Joalarm versi 2.0 ini, Kim Jo Jo mendapati dirinya terjebak dalam cinta segitiga antara Lee Hye Young (Jung Ga Ram) yang tetap setia berada di sisinya selama ini, dan Hwang Sun Oh (Song Kang) yang masih tidak dapat melupakan perasaan terhadapnya.
Revolutionary Sisters (KBS2)
Genre: Family, Romance, Comedy, Thriller, Mystery, Melodrama
Episod: 100
Tayangan: 13 Mac - 29 Ogo 2021
Pelakon : Hong Eun Hee, Jeon Hye Bin, Go Won Hee, Kim Kyung Nam, Choi Dae Chul
Sinopsis: Semasa dalam proses perceraian, seorang ibu dibunuh. Semua ahli keluarga terdekatnya adalah disyaki sebagai suspek embunuhan.
Joseon Exorcist (SBS)
Genre: Historical, Supernatural. Fantasy
Episod: 2
Tayangan: 22 Mac 2021
Pelakon : Kam Woo Sung, Jang Dong Yoon , Park Sung Hoon
Sinopsis: Mengisahkan tentang perjuangan Raja Taejong (Kam Woo-Sung ) dan kedua puteranya, Putera Chungnyung ( Jang Dong- Yoon ) dan Putera Yangnyeong ( Park Sung-Hoon ) yang berhadapan dengan roh jahat yang kembali hidup menyerang Joseon. Roh jahat tersebut perlu disingkirkan bagi menyelamatkan Joseon.
Navillera (tvN)
Genre: Comedy
Episod: 12
Tayangan: Mac 2021
Pelakon : Park In Hwan, Song Kang
Sinopsis: Mengisahkan seorang pesara posmen, Shim Deok Chul yang berusia 70 tahun meneruskan impiannya untuk belajar menari ballet pada usia emas walaupun ditentang keluarganya, impiannya tidak tercapai sebelum ini kerana mencari nafkah menanggung keluarganya.
Di akademi tarian, Shim Deok Chul bertemu Lee Chae Rok, pemuda berusia 23 tahun yang tertarik dengan ballet setelah sebelum ini aktif dalam pelbagai bidang sukan. Lee Chae Rok mengalami masalah kewangan dan memikirkan untuk berhenti menari ballet, tetapi Shim Deok Chul memberi galakan kepadanya, jangan lepaskan impian kerana hidup cuma sekali.
Oh! Master (MBC)
Genre: Romance, Comedy, Melodrama
Episod: 16
Tayangan: Mac 2021
Pelakon : Lee Min Ki, Nana, Kang Min Hyuk
Sinopsis: Han Bi-Soo dan Oh Joo-In berkongsi tempat tinggal yang sama. Han Bi-Soo (Lee Min-Ki) adalah penulis skrip drama thriller terbaik di Korea Selatan yang memilih ntuk tidak bercinta. Oh Joo-In (Nana) pula adalah pelakon popular romantik yang menjadi kegemaran ramai. Namun dirinya gagal dalam hubungan cinta.
Be My Dream Family (KBS1)
Genre: Family, Romance
Episod: 120
Tayangan: Mac 2021
Pelakon : Choi Jung Woo, Park Joon Geum, Wang Ji Hye, Ham Eun Jung, Joo Ah Reum
Sinopsis: Kisah dua keluarga Geumgane dan Hangane dari latar belakang budaya yang berbeza. Mereka bertemu ketika ibu bapa mereka menikah lagi diusia senja dan menjadi satu keluarga.