Drama Korea Terbaru Bulan Februari 2021

Senarai drama korea yang akan ditayangkan bulan Februari ini.

Love Scene Number
Love Scene Number (MBC)
Genre: Romantik, Kehidupan
Episod: 8
Tayangan: 1 Feb - 22 Mac 2021
Pelakon : Kim Bo Ra, Shim Eun Woo, Ryu Hwa Young, Park Jin Hee

Doo-ah (Kim Bo-ra) yang berusia 23 tahun ialah seorang pelajar universiti yang mengamalkan hubungan poligami. Ha-ram (Shim Eun-woo) pula ialah seorang guru sekolah rendah berusia 28 tahun yang melarikan diri daripada perkahwinannya sendiri. Manakala Ban-ya (Ryu Hwa-young) ialah seorang pengajar ganti berusia 35 tahun di sebuah universiti. Chung-kyung (Park Jin-hee), 42 tahun pula ialah seorang wanita yang baru sahaja mengetahui kecurangan suaminya.


L.U.C.A The Beginning
L.U.C.A.: The Beginning (tvN)
Genre: Aksi, hriller, Misteri, Sains Fiksyen
Episod: 12
Tayangan: 1 Feb - 9 Mac 2021
Pelakon : Kim Rae Won, Lee Da Hee, Kim Sung Oh

Kisah seorang individu telah dilahirkan di dalam sebuah dunia genetik yang misteri dan terpaksa mengharunginya seorang diri.

Ji-oh (Kim Rae-won) iaitu seorang yang pendiam dan tidak bertutur langsung. Dengan keadaannya yang sebegitu, dia telah dilemparkan ke dalam dunia ini tanpa mengetahui siapakah dirinya yang sebenar selain mempunyai kuasa luar biasa yang tiada pada manusia lain. Ji-oh terpaksa bekerja keras untuk mencari jawapan kepada kewujudannya.

Gu-reum (Lee Da-hee) merupakan seorang detektif yang dipindahkan ke Unit Siasatan Jenayah selepas dia menyiasat kes pecah amanah seorang pegawai atasan. Dia ialah seorang yang sering bertindak sebelum berfikir lantas selalu main serbu sahaja tanpa ada rancangan yang sahih. Dunianya mula huru-hara apabila dia mengenali Ji-oh semasa cuba menyiasat kes kehilangan seorang kanak-kanak.


River Where the Moon Rises
River Where the Moon Rises (KBS2)
Genre: Romantik, Sejarah
Episod: 20
Tayangan: 15 Feb - 20 Apr 2021
Pelakon : Kim So Hyun, Ji Soo, Lee Ji Hoon, Choi Yoo Hwa

Kisah cinta antara Puteri Pyeonggang (Kim So Hyun) dan On Dal (Ji Soo)  yang merupakan watak dalam kisah dongeng zaman Goguryeo. Pyeonggang yang turut dikenali sebagai Yeom Ga-jin ialah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan mahu menjadi wanita pertama yang memerintah Goguryeo. Dia sanggup menggunakan perasaan On Dal untuk mencapai impian tersebut.


Miss Monte Cristo
Miss Monte Cristo (KBS2)
Genre: Melodrama, Revenge
Episod: 100
Tayangan : 15 Feb 2021
Pelakon : Lee So Yeon, Choi Yeo Jin, Kyung Sung Hwan, Lee Bo Hyun

Kisah Go Eun-jo (Lee So-yeon) seorang wanita yang hampir mati selepas hidupnya dihancurkan oleh sahabat yang dipercayai. Dia berjanji akan membalas dendam kepada mereka yang bertanggungjawab atas tragedi itu.


Sisyphus The Myth
Sisyphus: The Myth (jTBC)
Genre: Misteri, Fantasi
Episod: 16
Tayangan: 17 Feb - 8 Apr 2021
Pelakon : Cho Seung-Woo, Park Shin-Hye, Heo Joon-Seok, Kim Jong-Tae

Kisah Han Tae Sool (Cho Seung Woo), jurutera genius pengasas kepada Syarikat Quantum and Time. Dia berusaha untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian abangnya. Kang Seo Hae (Park Shin Hye), seorang pahlawan elit mengembara ke masa silam untuk menolongnya. Kang Seo Hae mencari Han Tae Sool kerana dia yakin bahawa jika dia menyelamatkannya, dia dapat menyelamatkan dunia.


Hello, Me!
Hello, Me! (KBS2)
Genre: Komedi, Romantik, Fantasi
Episod: 16
Tayangan: 17 Feb - 8 Apr 2021
Pelakon : Choi Gang-Hee, Kim Young-Kwang, Lee Re, Eum Moon-Suk

Kehidupan Yoo Byul-na (Choi Kang-hee), seorang pekerja kontrak di syarikat manisan yang sudah mencecah usia 37 tahun. Sering terbeban dengan masalah tidak mempunyai pekerjaan yang tetap Suatu hari, dia dikunjungi oleh dirinya sendiri yang berusia 17 tahun (Lee Re) dan mula melihat dunia daripada perspektif yang lain.


Penthouse 2
Penthouse Season 2 (SBS)
Genre: Suspense
Episod: 12
Tayangan: 19 Feb - 27 Mac 2021
Pelakon : Kim So-Yeon, Eugene, Lee Ji Ah

Cheon Seo-Jin (Kim So-Yeon) & Joo Dan-Tae (Uhm Ki-Joon) membuat persiapan untuk perkahwinan dan penggabungan syarikat mereka, tetapi mereka berdua merasa tidak senang dengan kemungkinan pengkhianatan oleh pihak lain. Anak remaja mereka tidak senang menjadi sebahagian daripada keluarga baru mereka. Joo Seok-Kyung (Han Ji-Hyun) masih bingung dengan nasib ibunya Shim Su-Ryeon (Lee Ji-Ah). Ha Eun-Byeol (Choi Ye-Bin) tidak mahu ada apa-apa dengan ayah tirinya yang baru dan dia masih menyimpan cinta terhadap Joo Seok-Hoon (Kim Young-Dae). Sementara itu, Oh Yoon-Hee (Eugene) merancang untuk membalas dendam, dengan menyerahkan dirinya kepada polis. Polis menentukan bahawa Oh Yoon-Hee tidak bersalah dalam kes pembunuhannya.

Pada hari perkahwinan Cheon Seo-Jin & Joo Dan-Tae, mereka menerima kunjungan mengejut Ha Yoon-Cheol (Yoon Jong-Hoon) dan Oh Yoon-Hee. Sementara itu, Logan merancang langkah seterusnya dari Amerika Syarikat dan Bae Ro-Na (Kim Hyun-Soo) memutuskan untuk kembali ke Korea Selatan.


Beyond Evil
Beyond Evil (jTBC)
Genre: Thriller
Episod: 16
Tayangan: 19 Feb - 10 Apr 2021
Pelakon : Shin Ha Kyun, Yeo Jin Goo, Choi Sung Eun, Choi Dae Hoon, Kim Shin Rok

Mengisahkan dua lelaki, Lee Dong Sik (Shin Ha Kyun) dan Han Joo Won (Yeo Jin Goo) sanggup melanggar undang-undang dan peraturan bagi mengejar seorang pembunuh bersiri. Lee Dong-shik (Shin Ha-kyun) ialah seorang bekas detektif di unit jenayah ganas yang telah pun diturunkan pangkat kepada sarjan di sebuah balai polis tempatan. Manakala Han Joo-won (Yeo Jin-goo) pula ialah detektif elit yang hadir ke balai polis tersebut dengan satu rahsia.


Times
Times (OCN)
Genre: Jenayah, Politik
Episod: 12
Tayangan: 20 Feb - 28 Mac 2021
Pelakon : Lee Seo Jin, Lee Joo Young, Kim Young Chul, Moon Jung Hee

Kisah Seo Jung-in (Lee Joo-young), anak kepada presiden Korea Selatan berjaya menghubungi Jin-woo (Lee Seo-jin), seorang wartawan yang berada pada 5 tahun lepas. Mereka bekerjasama untuk mencegah pembunuhan Presiden Korea Selatan, Seo Ki-Tae (Kim Young-Chul) dan berjaya membongkarkan banyak rahsia berbahaya.

Vincenzo
Vincenzo (tvN)
Genre: Komedi
Episod: 20
Tayangan: 20 Feb - 25 Apr 2021
Pelakon : Song Joong Ki, Jeon Yeo-Bin, TaecYeon, Jo Han-Chul

Vincenzo Cassano (Song Joong-Ki) adalah seorang peguam yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan bertemu dengan seorang peguam Hong Cha-young yang akan melakukan apa sahaja untuk memenangi kes. Vincenzo Cassano jatuh cinta padanya.