
Intel melancarkan kad grafik desktop, Iris Xe yang disasarkan untuk perniagaan kecil dan sederhana. Intel bekerjasama dengan Asus dan syarikat pengeluar lain untuk digunakan pada sistem prebuilt dan bukannya untuk gaming.
Kad grafik Iris Xe dilengkapi dengan 80 unit pelaksanaan dan memori video 4 gigabait. GPU ini digunakan untuk mempercepatkan proses encoding and decoding dan menawarkan ciri seperti adaptive sync, sokongan multi-monitor sehingga tiga 4K HDR dan keupayaan AI-nya boleh mempercepatkan penyuntingan gambar dan video.
Ini bukan percubaan pertama Intel mengeluarkan dekstop GPU dan nampaknya masih jauh lagi untuk bersaing dengan Nvidia dan AMD.
