Diskaun RM231 Untuk Bil Elektrik TNB Pada Julai 2020

Bantuan Prihatin Elektrik TNB

Kerajaan mengumumkan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) untuk 7.77 juta pengguna domestik TNB bagi mengurangkan beban pengguna ekoran peningkatan bil elektrik semasa tempoj PKP. Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sedia ada.

Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) menawarkan potongan sehingga RM231 yang dimasukkan dalam bil bulan Julai 2020. Kiraan ini mengambil kira penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama bernilai RM77 sebulan untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP (April, Mei dan Jun).

Penggunaan elektrik diantara 601-900kWj sebulan pula akan mendapat diskaun tambahan 8% diberikan bermula April hingga September 2020.

Pengguna yang telah membuat bayaran pada bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil Julai 2020.

TNB juga menangguhkan pemotongan bekalan elektrik sehingga 30 September 2020 dan tiada sebarang caj lewat bayar untuk tempoh 18 Mac 2020 sehingga 30 September 2020.