Telefon dan Fon Telinga Edisi Khas Kumpulan Kpop BTS dari Samsung

Samsung Galaxy S20+ BTS Edition

Samsung bekerjasama dengan kumpulan popular Kpop, BTS untuk menghasilkan dua produk edisi khas iaitu telefon pintar Samsung Galaxy S20+ BTS Edition dan fon telinga Galaxy Buds+ BTS Edition. Kedua-duanya hadir dengan warna ungu. Tiada perubahaan spesifikasi untuk Galaxy S20 Edisi BTS, namun ia hadir dengan tema khas BTS dan akses kepada platform komuniti peminat dinamkan Weverse. Disertakan juga pelekat dan kad gambar BTS sebagai kenangan.

Di Malaysia, Galaxy S20+ Edisi BTS ini ditawarkan pada harga RM4399, sementara Galaxy Buds+ Edisi BTS pula pada harga RM899. Pra-tempahan akan dibuka dengan promosi khas. Bagi pembeli Galaxy S20+ Edisi BTS boleh mendapatkan Galaxy Buds+ Edisi BTS dengan diskaun 50%. Atau, bagi pembeli Galaxy Buds+ Edisi BTS pula, anda ditawarkan dengan Wireless Charger Pad edisi BTS bernilai RM199 secara percuma.