Qualcomm Snapdragon 690 Menyokong 5G Untuk Telefon Mampu Milik

Qualcomm Snapdragon 690

Qualcomm melancarkan cip terbaru iaitu Snapdragon 690 yang menyokong rangkaian 5G sub-6GHz menerusi modem X51, namun tidak menyokong mmWave yang lebih pantas. Berbanding Snapdragon 675, Snapdragon 690 membawa peningkatan 20% pada CPU dan 60% pada kemampuan GPU. Enjin kecerdasan, AI Engine dilaporkan 70 peratus lebih pantas daripada sebelumnya.

Snapdragon 690 dihasilkan menggunakan teknologi 8nm, dilengkapi chipset octa-core Kryo 560 CPU dan Adreno 619L GPU. Ia menyokong skrin 120Hz, video 4K HDR serta bokeh, HDR10, HDR10+ dan kamera sehingga 192 megapixel. 

Telefon 5G kebanyakkan dijual pada harga yang tinggi dengan menggunakan cip lebih berkuasa seperti Snapdragon 865 dan Snapdragon 765. Dengan pengenalan cip Snapdragon 690, kita bakal melihat pengeluaran telefon 5G kelas pertengahan pada harga RM900 dan keatas.