
Oppo memperkenalkan telefon pintar baru iaitu Reno4 dan juga Reno4 Pro. Kedua-duanya menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 765G yang menawarkan sokongan rangkaian 5G. Dilengkapi skrin AMOLED, skrin 90Hz unntukk Reno 4 Pro, RAM serendah 8GB, pengimbas cap jari pada skrin, kapasiti bateri 4000mAH dan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 yang hanya perlukan 36 minit untuk mengecas sepenuhnya.
Kamera utama Reno 4 - 48MP dibelakang, dilengkapi sensor 8MP ultra-lebar dan 2MP monochrome kamera. Reno 4 Pro pula dilengkapi OIS, 12MP Sony IMX708 ultra-lebar dan 13MP telefoto.
Kedua-dua telefon pintar ini dipasarkan di China belum diketahui bila akan dijual di Malaysia.
Harga siri OPPO Reno 4 dijual di China pada 12 Jun.
Reno 4:
8GB + 128GB: CNY 2999 (RM1,810)
8GB + 256GB: CNY 3299 (RM1,990)
Reno 4 Pro:
8GB + 128GB: CNY 3799 (RM2,290)
12GB + 256GB: CNY 4299 (RM2,590)