Drama Korea Terbaru Bulan Jun 2020


Senarai drama korea bulan Jun 2020. 

My Unfamiliar Family
My Unfamiliar Family (tvN)
Genre: Keluarga
Episod: 16
Tarikh : 1 Jun- 21 Julai 2020
Pelakon : Han Ye Ri, Choo Ja Hyun, Kim Ji Suk, Jung Jin Young, Won Mi Kyung, Shin Jae Ha  

Sinopsis - Mengisahkan pergolakan hubungan dalam keluarga yang semakin terpisah dan seperti orang asing. Kim Eun-Hee (Han Ye-Ri) merupakan anak perempuan kedua dalam keluarga yang semakin bergolak. Kim Eun-Hee bekerja di syarikat penerbitan. Kakaknya adalah bekas peguam dan mempunyai adiknya yang sensitif. Ayahnya sering berjauhan, membuatkan ibunya ingin memulakan hidup baru. Kim Eun Hee meluahkan perasaannya kepada rakan kuliahnya, Park Chan Hyuk yang dianggap seperti abang kandung berbanding adik-beradik kandungnya.




Backstreet Rookie
Backstreet Rookie (SBS)
Genre: Romantik, Komedi
Episod: 32
Tarikh : 19 Jun 2020
Pelakon : Kim Yoo Jung, Ji Chang Wook, Do Sang Woo, Han Sun Hwa, Ahn Sol Bin

Sinopsis - Choi Dae-Hyun mengusahakan sebuah kedai serbaneka setelah dia berhenti bekerja di sebuah syarikat. Dia mencari pekerja sambilan untuk bekerja shift malam di kedainya. Jung Saet-Byeol memohon bekerja disitu dan bermulalah kisah cinta mereka.




It’s Okay to Not Be Okay
It’s Okay to Not Be Okay (tvN & Netflix)
Genre: Romantik, Fantasi
Episod: 16
Tarikh : 20 Jun 2020
Pelakon : Kim Soo Hyun, Seo Ye Ji, Oh Jung Se

Sinopsis - Kisah mengenai seorang lelaki Moon Kang-Tae (Kim Soo-Hyun) yang bekerja di wad psikiatri dan Ko Moon Young seorang wanita yang mempunyai masalah kecelaruan personaliti antisosial yang juga merupakan penulis popular buku kanak-kanak. Ko Moon Young sangat mementingkan diri sendiri, sombong dan kasar.