Sony Keluarkan Telefon Pintar Dengan Teknologi Fotografi Profesional

Sony Xperia 1 II

Sony mengeluarkaan telefon pintar terbaru mereka iaitu Sony Xperia 1 II yang memfokuskan fungsi fotografi profesional. Dipadankan dengan tiga kamera di belakangnya, kesemua beresolusi 12MP. Variasi kameranya adalah sudut lebar (utama), telefoto, dan sudut ultra-lebar, beserta sokongan sensor 3D time-of-flight (ToF). Kamera utama menggunakan lensa Zeiss hasil dari teknologi kamera Sony Alpha. Kameranya mampu menangkap 20fps Burst Mode dan rakaman 4K pada 24/25/30/60fps HDR. Ia juga hadir dengan aplikasi fotografi profesional..

Dikuasakan oleh Snapdragon 865 5G, pembesar suara berkembar stereo, dilengkapi headphone jack, Dolby Atmos, Hi-Res Audio, DSEE Ultimate, dan 360 Reality Audio, skrin OLED 4K HDR dengan Motion Blur Reduction, ketahanan kalis air IP 68. Baterinya berkapasiti 4000mAh, dengan pengecasan pantas 21W dan pengecasan nirwayar Qi 11W.