Drama Korea Terbaru Bulan Mei 2020


Senarai drama Korea yang akan keluar pada bulan Mei ini.

Mothers

Mothers (tvN)
Genre: Keluarga
Episod: 2
Tarikh : 4 Mei 2020
Pelakon : Han Hye Jin, Kim Mi Kyung, Kim Tae Hoon, Yoon So Hee, Kim Jung Hwa

Hhan Jung-Eun (Han Hye-Jin) dan Lee Woo-Cheol (Kim Tae-Hoon) telah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan. Lee Woo-Cheol bekerja sebagai PD di stesen radio. Han Jung-Eun pula sibuk mengurus keluarga mereka dan bekerja, maka ibunya Choi Soon-Ok (Kim Mi-Kyung) datang ke Seoul untuk membantu mereka. Satu tragedi menimpa keluarga mereka. 



Mom Has An Affair
Mom Has An Affair (SBS)
Genre: Romantik, Keluarga
Episod: 120
Tarikh : 4 Mei 2020
Pelakon : Hyun Jyu Ni, Lee Jae Hwang, Kim Hyung Bum, Moon Bo Ryung

Sejak ayahnya meninggalkan rumah mereka dan ibunya meninggal, Pil-Jung (Hyun Jyu-Ni) perlu menjaga adiknya. Pil-Jung (Hyun Jyu-Ni) mahu berkahwin dengan lelaki baik dan mempunyai anak. Hidupnya berubah setelah dia berkahwin dengan Tae-Sub (Kang Seo-Joon), yang mempunyai seorang anak lelaki Min-Ho (Gil Jung-Woo). Tae-Sub jatuh bankrupt dan meninggal dunia. 7 tahun kemudian, Pil-Jung sibuk bekerja untuk menyokong anaknya Min-Ho dan anak perempuannya Min-Ji (Hong Je-Yi). Pil-Jung gembira dengan hidupnya sebagai ibu tunggal, tetapi Min-Ho dan Min-Ji ingin mempunyai ayah yang baik dan kaya



Soul Mechanic

Soul Mechanic (KBS2)
Genre: Medical, Romantik
Episod: 32
Tarikh : 6 Mei 2020
Pelakon : Shin Ha Kyun, Jung So Min, Tae In Ho, Park Ye Jin 

Lee Shi-Joon (Shin Ha-Kyun) adalah psikiatri di sebuah hospital. Dia suka membantu pesakitnya yang mempunyai masalah emosi.

Han Woo-Joo (Jung So-Min) adalah bintang yang sedang meningkat naik sebagai pemuzik. Dia seorang yang jujur dan berintegriti dala kerjayanya sebagai pemuzik.



Oh My Baby

Oh My Baby (tvN)
Genre: Romantik, Komedi
Episod: 16
Tarikh : 13 Mei 2020
Pelakon : Jang Na Ra, Go Joon, Park Byung Eun, Jung Gun Joo 

Jang Ha Ri (Jang Na Ra) adalah wanita 39 tahun yang bekerja di sebuah syarikat majalah "The Baby". Setelah gagal dalam percintaan dan perkahwinannya 10 tahun yang lalu. Dia masih ingin mempunyai anak sendiri. Dia mempunyai tiga lelaki yang sangat berbeza di sekelilingnya yang mungkin sesuai menjadi ayah untuk anaknya.



Wind, Cloud and Rain

Wind, Cloud and Rain
Genre: Sejarah
Episod: 24
Tarikh : 17 Mei 2020
Pelakon : Park Shi Hoo , Go Sung Hee, Sung Hyuk, Jun Kwang Ryul

Kisah di zaman Joseon, Choi Chun Joong (Park Shi Hoo) berusaha untuk membangun sebuah negara yang ideal. Choi Chun Joong memiliki cita-cita besar untuk membangun negara baru setelah menjatuhkan Joseon, yang telah hancur ditangan orang berkuasa. Dengan penampilan yang tampan, Choi Chun Joong adalah mahir dalam seni mempertahankan diri, perjudian, nyanyian, dan tarian. Dia juga seorang romantis. Kepakaran dalam berpolitik, dia berjaya menjadikan Yi Ha Eung sebagai orang yang paling kuat di Joseon, putra Yi Ha Eung Lee Jae Hwang menjadi Raja, dan Min Ja Young, seorang gadis dari jalanan sebagai permaisuri Joseon.



Old School Intern

Old School Intern (MBC)
Genre: Komedi
Episod: 32
Tarikh : 20 Mei 2020
Pelakon : Park Hae Jin, Kim Eung Soo, Han Ji Eun, Park Ki Woong

Ka Yul Chan dihimpit oleh sikap pengurusnya yang 'old school'. Dia berhenti dan berjaya di syarikat lain, akhirnya menjadi ketua penjualan dan pemasaran. Suatu hari, dia mendapati pelatih senior baru adalah bos lamanya.


Mystic Pop-up Bar

Mystic Pop-up Bar (jTBC)
Genre: Fantasi, Misteri
Episod: 12
Tarikh : 20 Mei 2020
Pelakon : Yook Sung Jae, Hwang Jung Eum, Choi Won Young, Lee Jun Hyuk

Kisah misteri bar yang boleh mengembara di tiga dunia yang berbeza. Bar ini dibuka hanya pada waktu malam di bumbung bangunan. Wol Joo (Hwang Jung Eum) mengendalikan troli makanan misteri. Pelanggan yang mengunjungi Bar terdiri daripada orang biasa dan orang mati. Semasa minum alkohol dan makan dengan Wol Joo, pelanggan bercakap mengenai diri mereka dan cuba menyembuhkan luka dalam diri mereka.


Team Bulldog: Off-duty Investigation

Team Bulldog: Off-duty Investigation
Genre: Detektif, Aksi
Episod: 12
Tarikh : 23 Mei 2020
Pelakon : Cha Tae Hyun, Lee Sun Bin, Jung Sang Hoon, Yoon Kyung Ho, Ji Seung Hyun

Jin Kang-Ho (Cha Tae-Hyun) adalah seorang detektif yang cuba menangkap penjenayah dengan cara yang apa sekalipun. Dia juga tidak rapat dengan detektif lain. Kang Moo-Young (Lee Sun-Bin) adalah PD dalam program penyiasatan TV cuba menangkap penjenayah yang tidak berjaya dikesan oleh polis. Jin Kang-Ho dan Kang Moo-Young bertemu tanpa diduga mereka mula bekerjasama dalam kes yang masih belum terungkai.



Would You Like To Have Dinner Together

Would You Like To Have Dinner Together
Genre: Romantik
Episod: 32
Tarikh : 25 Mei 2020
Pelakon : Song Seung Heon, Seo Ji Hye, Lee Ji Hoon, Son Na Eun

Seorang lelaki dan wanita menunggu barisan di restoran untuk makan. Mereka disangka sebagai pasangan kekasih dan akhirnya makan malam bersama. Selepas pertemuan pertama yang tidak dijangka itu, mereka bertemu dan makan malam bersama setiap minggu.