Senarai drama Korea yang akan keluar pada bulan April ini.

Episod: 4
Tarikh : 6 April
Pelakon : Lee Sin-Young, Shin Seung-Ho, Kim So-Hye, Oh Hee-Joon, Min Do-Hee, Cho Yi-Hyun
Park Chan Hong (Lee Shin Young) adalah pelajar sekolah yang mempunyai bakat dalam penulisan namun ditekan oleh ibu bapanya dalam pembelajaran. Park Chan Hong berkawan dengan Uhm Se Yoon (Kim So Hye) yang popular di sekolah. Sementara itu, Heo Don Hyuk (Shin Seung Ho) adalah rakan sekelas dengan Park Chan Hong. Heo Don Hyuk tidak berminat untuk belajar dan dia bekerja untuk perbelanjaan hidupnya. Pada suatu hari, Heo Don Hyuk menyelamatkan Park Chan Hong daripada pembuli sekolah. Untuk membayar sewa, Heo Don Hyuk meminjam 300,000 won dari Park Chan Hong. Park Chan Hong meminjamkan wang itu, tetapi wang itu sepatutnya dibayar untuk yuran pengajian institut swastanya. Selepas sekolah, Park Chan Hong tiada tempat untuk pergi. Dia mula meluangkan masa bersama Heo Don Hyuk.
The King Eternal Monarch (SBS/Netflix)
Genre: Sejarah, Fantasi, Romantik
Episod: 16
Tarikh : 17 April
Pelakon : Lee Min Ho, Kim Go Eun, Woo Do Hwan
Ditulis oleh Kim Eun Sook (Secret Garden, Descendants of the Sun, The Heirs, Goblin, Mr. Sunshine), The King: Eternal Monarch berkisarkan tentang dua alam semesta yang selari dengan monarki dan demokrasi. Lee Min Ho memainkan peranan sebagai Emperor Lee Gon, yang cuba menutup pintu dua dunia berbeza, manakala Kim Go Eun membawa watak sebagai detektif Jung Tae Eul, yang bekerjasama dengan maharaja untuk melindungi nyawa manusia.

Genre: Melodrama
Episod: 16
Tarikh : 18/25 April
Pelakon : Yoo Ji Tae, Lee Bo Young, Park Jin Young, Jeon Seo Nee, Park Si Yeon
Yoon Ji Soo (Lee Bo Young) adalah seorang wanita berusia 40-an. Dia seorang ibu dan pekerja kontrak. Kehidupannya tidak begitu menyenangkan. Han Jae Hyun (Yoo Ji Tae) adalah cinta pertamanya ketika berusia 20 tahun. Mereka bertemu semula buat kali pertama setelah beberapa tahun.

Born Again (KBS2)
Genre: Misteri, Fantasi
Episod: 32 episod
Tarikh : 20 April
Pelakon : Jang Ki Yong, Jin Se Yeon, Lee So Hyuk
"Born Again" menceritakan kisah detektif, kekasih detektif, dan pembunuh bersiri yang menyukai kekasih detektif itu. Walaupun kehidupan mereka berakhir 32 tahun yang lalu, kematian menjadi permulaan baru bagi mereka ketika mereka dilahirkan semula menjadi pendakwaraya, pensyarah arkeologi, dan seorang pelajar perubatan, sekali lagi menghidupkan nasib mereka.

Exemplary Detective (JTBC/Netflix)
Genre:
Episod: 16
Tarikh : 27 April
Pelakon : Son Hyun Joo, Jang Seung Jo, Elijah Lee
Berlatarkan Incheon, Korea Selatan, detektif berusaha untuk menangkap penjenayah, yang cuba sedaya upaya ingin menutupi jenayah mereka
Genre: Jenayah
Episod: 16
Tarikh : 29 April
Pelakon : Kim Dong Hee, Jung Da Bin, Park Joo Hyun, Nam Yoon Soo
Sekumpulan pelajar sekolah menengah yang mahu ke universiti telah melakukan jenayah untuk menampung pembiayaan tuisyen mereka.