
Google menawarkan sistem operasi android terbaru mereka, Anroid 11 Developer Preview untuk diuji. Versi awal ini hanya ditawrkan untuk telefon Pixel 2, 3, 3A dan 4 sahaja.
Berikut antara fungsi menarik yang terdapat dalam Android 11:
1. Bubbles
Sama seperti facebook chat yang mana notifikasi akan keluar secara terapung.
2. App Permission
Kini boleh menetapkan kebenaran aplikasi untuk mengakses penggunaan seperti kamera, lokasi, mikrofon untuk sekali sahaja atau ketika ianya digunakan.

3. Battery Share
Perkongsian bateri peranti Pixel dengan peranti lain ianya sama seperti fungsi reverse wireless charging.
4. Do Not Disturb
Kini lebih kemas dan bahagian diasingkan. Fungsi ini berguna untuk menetapkan sesuatu agar tidak menggangu ketika memandu, mesyuarat atau tidur.
5. Share Sheet
Pengguna boleh pin aplikasi kegemaran untuk akses pantas semasa membuat sesuatu perkongsian.
6. Screen Recording
Rakaman Skrin versi stabil dibahagian setting. Fungsi ini dibuang dalam Android 10 Preview terdahulu.
7. Dark Mode
Penggunaan tema Dark Mode akhirnya diperkenal untuk menjimatkan bateri.

8. Face Unlock
Kini boleh ditetapkan agar sekuriti adalah lebih kuat, lemah atau hanya untuk log masuk aplikasi atau pembayaran.
9. Motion Sense
Kawalan gesture tanpa sentuhan kini boleh digunakan untuk play atau pause muzik.
10. Bluetooth Gabeldorsche
Bluetooth boleh kekal aktif walaupun dalam mod kapal terbang.
11. Integrasi 5G
Menambah API - menambah speed, kurangkan latency dan mengenal pasti data penggunaan.
Lain-lain
- fungsi untuk telefon dengan skrin boleh-lipat
- Sokongan untuk pelbagai jenis rekaan skrin bertakuk, skrin boleh lipat atau juga skrin waterfall.