SSD Generasi 4 Catat Kepantasan Luar Biasa

ssd generasi 4

AMD yang baru melancarkan CPU Ryzen - Zen 2 turut sama memperkenalkan sokongan generasi baru PCIe 4.0 pada motherboard cipset X570 yang menawarkan 2 kali ganda kelajuan untuk kegunaan kad grafik, ssd, wifi dan kad ethernet. 

Pengeluar seperti Gigabyte dan Corsair mula memperkenal Gen4 NVMe SSD M.2 yang menawarkan kadar pembacaan 5000 MB/saat dan kelajuan penulisan data sehingga 4,400 MB/saat. Ianya 56% lebih pantas jika dibandingkan dengan NVMe SSD terpantas dipasaran sekarang, Samsung 970 EVO NVME yang menawarkan 3,500 MB/saat kadar pembacaan dan 2,500 MB/saat penulisan data.

Selain itu, Gigabyte juga memperkenalkan SSD terpantas didunia iaitu Aorus AIC yang mencapai kelajuan 15,000 MB/saat kadar pembacaan and 15,200 MB/s penulisan data. Ianya hadir dengan storan 8TB, menggunakan slot 16x dan reka bentuknya menyerupai kad grafik.