Filem Best Ogos 2018

Filem Best 2018

Senarai filem-filem best yang bakal ditayangkan dipawagam pada bulan Ogos tahun 2018.

Tajuk : Mission: Impossible - Fallout
Tarikh Tayangan : 26 Julai 2018
Genre : Aksi / Pengembaraan
Pengarah : Christopher McQuarrie
Pelakon : Rebecca Ferguson, Vanessa Kirby, Tom Cruise
Terbitan : United International Pictures
Trailer : https://youtu.be/XiHiW4N7-bo

Tajuk : Siberia
Tarikh Tayangan : 2 Ogos 2018
Genre : Jenayah / Romantik / Ngeri
Pengarah : Matthew Ross
Pelakon : Keanu Reeves, Boris Gulyarin, Ashley St. George


Keanu Reeves membawa watak sebagai seorang pedagang berlian Amerika yang mengembara ke Rusia untuk menjual berlian biru. Ketika tinggal di sebuah pekan di Siberia, dia telah jatuh cinta dengan seorang pemilik kafe dan mula menjalin hubungan dengannya.

Tajuk : The First Purge
Tarikh Tayangan : 2 Ogos 2018
Genre : Seram / Ngeri
Pengarah : Gerard McMurray
Pelakon : Marisa Tomei, Luna Lauren Velez, Melonie Diaz
Terbitan : United International Pictures
Trailer : https://youtu.be/UL29y0ah92w

Filem keempat dari francais "The Purge" ini merupakan prekuel kepada filem pertama yang mana ia menceritakan bagaimana acara tahunan `Purge` bermula.

Tajuk : Hotel Artemis
Tarikh Tayangan : 26 Julai 2018
Genre : Aksi / Jenayah / Sains Fiksyen
Pengarah : Drew Pearce
Pelakon : Jodie Foster, Sofia Boutella, Dave Bautista

The Nurse adalah pengurus Hotel Artemis, iaitu sebuah hospital eksklusif yang merawat penjenayah yang cedera. Dengan bantuan, dia menjaga semua penjenayah yang didaftarkan di hotel tersebut. Satu malam, seorang ketua penjenayah lagenda meminta bantuan daripada The Nurse di hospitalnya yang mana ia telah mencetuskan pertembungan dengan penjenayah lain.

Tajuk : Hantu Kak Limah
Tarikh Tayangan : 9 Ogos 2018
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd

Kak Limah telah ditemui mati oleh Khuda, Hussin dan Wani. Sejak dari itu, hantunya sering dilihat merayau di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk ketakutan. Encik Solihin kemudian cuba membantu untuk menghalau hantu itu keluar dari kampung. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Bagaimanapun, tragedi di sebalik kematian Kak Limah masih belum diketahui.

Tajuk : The Meg
Tarikh Tayangan : 9 Ogos 2018
Genre : Aksi / Sains Fiksyen
Pengarah : Jon Turteltaub
Pelakon : Ruby Rose, Jason Statham, Rainn Wilson
Terbitan : Warner Bros Pictures
Trailer : https://youtu.be/udm5jUA-2bs

Sepasukan kru daripada program pemantau laut dalam telah menyelam menggunakan kapal selam ke dasar lautan, namun mereka terperangkap apabila diserang oleh makhluk yang disangkakan sudah pupus, iaitu jerung pra-sejarah berukuran 75 kaki yang dikenali sebagai Megalodon. Pakar selam penyelamat Jonas Taylor perlu menyelamatkan mereka tetapi tiada siapa yang tahu dia pernah berdepan dengan makhluk itu sebelum ini. Kini dia bukan sahaja perlu berdepan dengan ketakutannya sendiri tetapi juga menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Tajuk : Big Brother
Tarikh Tayangan : 16 Ogos 2018
Genre : Aksi / Drama
Pengarah : Jia Wei Kan
Pelakon : Donnie Yen, Ray Lui, Joe Chen, Kang Yu
Trailer : https://youtu.be/cj6Bg_pEYig

Donnie Yen kembali dengan membawa watak sebagai seorang guru sekolah tinggi yang kelihatan seperti biasa tetapi dia sebenarnya mempunyai satu kemahiran luar biasa. Apabila dia dalam pencarian pelajarnya yang hilang, dia bertembung dengan beberapa pejuang seni pertahan diri campuran (MMA). Sejarah hitamnya kemudian kembali menghantuinya. 

Tajuk : Christopher Robin
Tarikh Tayangan : 16 Ogos 2018
Genre : Pengembaraan / Animasi / Komedi
Pengarah : Marc Forster
Pelakon : Hayley Atwell, Ewan McGregor, Chris O'Dowd
Terbitan : Walt Disney Studios

Ia berkisarkan tentang Christopher Robin yang sudah besar dan kini bekerja dan berkeluarga. Dia bertemu rakan zaman kecilnya, Winnie-the-Pooh, yang membawa semula kebahagiaan hidup yang pernah dirasainya sebelum ini.

Tajuk : Down A Dark Hall
Tarikh Tayangan : 16 Ogos 2018
Genre : Fantasi / Drama / Seram
Pengarah : Rodrigo Cortes
Pelakon : AnnaSophia Robb, Uma Thurman, Isabelle Fuhrman
Trailer : https://youtu.be/ZAVpB094Clc

Berdasarkan novel Lois Duncan, filem ini berkisarkan tentang Kit Gordy, seorang pelajar baru di sebuah sekolah eksklusif, Blackwood Boarding School. Dia tidak dapat berhenti memikirkan sekolah itu jahat kerana ia diuruskan oleh seorang pengetua jahat. Untuk memastikan dirinya selamat, Kit perlu berdepan dengan kuasa jahat dan kebolehan luar biasa pengetua itu.

Tajuk : The Darkest Minds
Tarikh Tayangan : 16 Ogos 2018
Genre : Sains Fiksyen / Ngeri
Pengarah : Jennifer Yuh Nelson
Pelakon : Mandy Moore, Gwendoline Christie, Amandla Stenberg
Terbitan : 20th Century Fox

Ruby, seorang gadis berusia 16 tahun, melarikan diri dari kem pusat tahanan, di mana dia telah ditempatkan selepas terselamat daripada wabak yang membunuh 98% kanak-kanak di Amerika. Baki 2% kanak-kanak termasuknya telah mendapat kuasa luar biasa yang mereka tidak boleh kawal. Selepas melarikan diri, dia menyertai mereka yang lain yang turut melarikan diri daripada kerajaan yang kejam

Tajuk : Kin
Tarikh Tayangan : 20 Ogos 2018
Genre : Aksi / Sains Fiksyen
Pengarah : Jonathan Baker, Josh Baker
Pelakon : Zoë Kravitz, James Franco, Dennis Quaid

Selepas dibebaskan dari penjara, seorang bekas banduan dan adik angkatnya melarikan diri daripada penjenayah kejam. Mereka hanya mempunyai satu benda untuk melindungi mereka iaitu senjata misteri purba yang mereka jumpa.

Tajuk : Mile 22
Tarikh Tayangan : 23 Ogos 2018
Genre : Aksi
Pengarah : Peter Berg
Pelakon : Mark Wahlberg, Lauren Cohan, Ronda Rousey, John Malkovich, Iko Uwais

Seorang pemberi maklumat Indonesia mempunyai maklumat sensitif. Apabila identitinya bocor, dia melarikan diri dengan bantuan seorang operatif CIA elit yang ditugaskan untuk menyeludup pemberi maklumat itu keluar dari bandar ke lapangan terbang yang 22 batu jauhnya, di mana sebuah pesawat sudah menunggu mereka. Ketika dalam perjalanan mereka perlu berdepan dengan polis korup, raja penjenayah, dan penduduk tempatan bersenjata yang mahu membunuh mereka sebelum mereka sempat sampai ke pesawat itu.

Tajuk : A.X.L
Tarikh Tayangan : 30 Ogos 2018
Genre : Aksi / Sains Fiksyen
Pengarah : Oliver Daly
Pelakon : Thomas Jane, Becky G, Alex Neustaedter
Trailer : https://youtu.be/--8nr2kt4uk

Filem arahan Oliver Daly ini berkisarkan tentang kehidupan seorang remaja lelaki berubah buat selamanya selepas satu pertemuan tanpa dirancang dengan teknologi canggih milik tentera.

Tajuk : Along With The Gods 2: The Last 49 Days
Tarikh Tayangan : 30 Ogos 2018
Genre : Drama / Fantasi
Pengarah : Kim Yong-Hwa
Pelakon : Ha Jung-woo, Ju Ji-hoon, Kim Hyang-gi, Don Lee, Kim Dong-Wook

Kesinambungan daripada filem "Along with the Gods: The Two Worlds". Kini Su-hong dan tiga Malaikatnya perlu menempuh perbicaraan ke-49 mereka, supaya mereka dapat kembali dihidupkan semula.

Tajuk : Munafik 2
Tarikh Tayangan : 30 Ogos 2018
Genre : Seram
Pengarah : Syamsul Yusof
Pelakon : Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Dato Rahim Razali, Dato Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Mawi, Adik Zara Sophia, Ku Faridah, Weni Panca.
Terbitan : Skop Production

Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya.

Tajuk : The Equalizer 2
Tarikh Tayangan : 30 Ogos 2018
Genre : Aksi / Ngeri
Pengarah : Antoine Fuqua
Pelakon : Denzel Washington
Terbitan : Sony Pictures

Filem kedua dalam francais yang diangkat dari siri televisyen ini mengisahkan tentang seorang ejen yang sudah bersara. Jika seseorang mempunyai masalah dan mereka tidak mempunyai tempat untuk mengadu, McCall akan membantu. Dia adalah The Equalizer.

Tajuk : The Happytime Murders
Tarikh Tayangan : 30 Ogos 2018
Genre : Aksi / Komedi
Pengarah : Brian Henson
Pelakon : Melissa McCarthy, Elizabeth Banks, Maya Rudolph
Trailer : https://youtu.be/-eks8LG72uo

Apabila barisan pelakon boneka untuk rancangan tv kanak-kanak pada tahun 80an mati dibunuh seorang demi seorang, seorang bekas detektif LAPD mengambil kes tersebut untuk mencari dalang utama kes itu.