
Microsoft akan mengeluarkan kemaskini terbaru Windows 10 pada bulan September 2017. Dikenali sebagai Windows 10 Fall Creators Update. Pada acara Build 2017 lalu, Microsoft berkongsi sedikit fungsi terbaru yang akan diperkenalkan. Berikut antara ciri-ciri yang akan diperkenalkan dalam kemaskini tersebut:
1. Timeline
Timeline adalah ciri terbaru yang terdapat pada Task View yang mana ianya menyenaraikan aplikasi yang digunakan pengguna sebelum ini. Fungsi ini memudahkan pengguna untuk meneruskan kerja pada aplikasi tersebut.

2. Pick Up Where You Left Off
Melalui fungsi timeline, pengguna juga boleh menyambung semula kerja kepada peranti lain termasuk Android dan iOS dengan bantuan pembantu digital Cortana.

3. Clipboard
Fungsi clipboard membolehkan pengguna untuk copy kandungan dalam aplikasi dan paste ke peranti lain. Pengguna boleh menggunakan fungsi ini di dalam iOS dan android dengan menggunakan aplikasi seperti Swiftkey keyboard dan Office.
4. OneDrive Files On-Demand
Fungsi ini membolehkan pengguna memuat turun fail simpanan OneDrive yang diperlukan sahaja. Fail akan ditonjolkan status icon menunjukkan fail tersebut tersedia didalam storan atau perlu dimuat turun melalui cloud OneDrive.

5. Fluent Design
Microsoft juga akan memperkenalkan rekaan antaramuka baru pada Windows dikenali sebagai Fluent Design. Fluent Design tertumpu kepada lima elemen iaitu cahaya (light), kedalaman (depth), gerakan (motion), material, and skala (scale). Antaramuka baru ini akan memberi pengguna merasai interaksi apabila menggunakannya.